Sunday 20 October 2013

PROGRAM GAMBAROU NIHONGO KALI KE 6 THN 2012


   



















  Program Ganbarou Nihongo Zon Utara (Utara) kali ke 6 telah diadakan pada 29 hingga 30 Oktober 2012 bertempat di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu,Kedah.Seramai 219 orang pelajar dan enam orang guru Bahasa Jepun dari 6 buah sekolah SBP zon utara(utara) telah mengambil bahagian. Ketibaan para peserta dan tetamu kehormat telah disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar serta persembahan silat oleh para pelajar SM Sains Kubang Pasu. Persembahan tarian dan nyanyian telah memeriahkan lagi majlis pembukaan. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Izzudin bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Program ini juga telah dihadiri oleh Acting Consul General of Japan, Hiroko Tamiguchi dan 2 wakil dari Japan Foundation Kuala Lumpur.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung untuk memberi pengalaman kepada para peserta. Aktiviti permainan bahasa telah berjaya dijalankan dengan kerjasama guru-guru bahasa Jepun dari setiap sekolah yang mengambil bahagian. Aktiviti ini bertujuan untuk membantu para peserta mengingati semula apa yang telah dipelajari. Selain itu, Japan Foundation Kuala Lumpur telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali lebih mendalam tentang budaya Jepun dengan mengadakan aktiviti Arigorizumu Rhythm, kirigami /origami dan aktiviti menonton video dalam bahasa Jepun yang bertajuk ‘Arashi no yoru ni’.
Senaman pagi Rajio Taisho telah dikemudikan para fasilitator tingkatan empat SM Sains Kubang Pasu pada keesokan harinya. Program diteruskan dengan aktiviti Cosplay Fashion yang dapat menonjolkan kreativiti dan semangat kerjasama para peserta. Seterusnya lagu Tegami telah berjaya dipelajari dan dinyanyikan oleh para peserta dan guru-guru.Motivasi oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah dijalankan selama satu jam setengah. Setelah itu, borang kaji selidik telah diedarkan dan majlis penutupan telah dirasmikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Encik Izzudin bin Ibrahim.

Friday 28 October 2011

Program Ganbarou Nihongo 2011 dalam The Star

Berita petikan dari The Star Online Khamis 27 Oktober 2011






Thursday October 27, 2011
Fun learning Japanese

Story and photos by DASHEER NOH
north@thestar.com.my


A TWO-DAY Japanese language enhancement programme was held for 155 students from five schools in Kedah and Perlis, to arrest the decline in the proficiency in the language.

The programme entitled Gambarou Nihongo (Let’s Endeavour to Master Japanese) was held at the SM Sultan Abdul Halim (SMSAH) in Jenan for Form Three students who take the language as an optional subject. The students from SM Sains Tuanku Syed Putra in Kangar, Kubang Pasu Fully Integrated residential school in Bukit Kayu Hitam, SM Sains Kubang Pasu in Jitra, SM Sains Pokok Sena and SMSAH have been learning the subject since Form One.

Teacher Ooi Guan Lee, of SM Sains Tuanku Syed Putra, said the programme was initiated five years ago to arrest the decline in the students’ proficiency in the language after their Penilaian Menengah Rendah (PMR) examination. He said these students who opted for Japanese had been taught from Form One but they totally lost touch with the language once they started preparing for the PMR examination. “It will be a waste of effort and time if this trend is not arrested in time. Hence, with the help of the Japanese Foundation and the Consulate-General of Japan, we are organising this programme to keep their interest in the subject,” he added.

The programme was carried out by two lecturers — Nakao Yuki and Fujinaga Kaoru — from Japan’s language department. Also involved in the programme were Japanese Foundation assistant head of Japanese language Edward Lee Chee Peng and seven local teachers, all proficient in the language. They were Ooi Guan Lee, Ahmad Rashidi Yusof, Ezze Normezan Rasmi, Sugandavan Kaivaliam, Kim Guat Geoh, Teng Suk Wei and Cheng Siak Thiam, who all are graduates from Japan. Ooi added that the programme was first held in 2007 at SM Sains Tuanku Syed Putra, followed by SM Sains Sultan Mohamad Jiwa in Sungai Petani in 2008, Kubang Pasu Fully Integrated in 2009, and SM Sains Pokok Sena in 2010.

Vice-Consul of the Japanese Consulate in Penang Eriko Nishizawa, who was present to oversee the programme, said: “The programme supported by the Japanese Foundation and the consulate is intended to popularise the usage of the language with emphasis on Japanese culture and lifestyle of young people, calligraphy, grammar and pronunciation to enable a student to master the language.” She was happy to note that more than 11,000 students from 38 residential schools and 47 day schools had taken up Japanese language as an optional subject in Malaysia.

Student Lyana Edayu Abd Najib of SM Sultan Abdul Halim, who hails from Alor Setar, said she was attracted to the language through her brother who was studying Japanese at the Universiti Institute Technology MARA (UiTM). Another student from the school, Mohd Aziam Zambri, from Kota Baru, said he wanted to learn a foreign language, and he took a fancy to Japanese because of its phonetic sounds. Also present was Kubang Pasu assistant district education officer (language) Fadzillah Selamat.



Rashidi

Thursday 20 October 2011

PROGRAM GAMBAROU NIHONGO KALI KE 5 2011

Program tahunan Gambarou Nihongo SBP Zon Utara (Utara) telah bermula dengan jayanya pada hari ini 20 Oktober 2011. Seramai 155 orang pelajar tingkatan 3 dan 7 orang guru Bahasa Jepun dari SM Sultan Abdul Halim, SBP Integrasi Kubang Pasu, SM Sains Tuanku Syed Putra, SM Sains Pokok Sena, SM Sultan Mohamad Jiwa dan SM Sains Kubang Pasu telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program ini yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di SM Sultan Abdul Halim, Kedah.
     Seramai 3 orang pegawai; En Edward Lee, Cik Fujinaga Kaoru, Cik Nakao Yuki daripada Japan Foundation Kuala Lumpur dan seorang pegawai; Cik Nishizawa  Eriko daripada Konsul Besar Jepun di Pulau Pinang juga telah sudi untuk menghadirkan diri bagi menjayakan program ini. Antaranya ialah Kamishibai, Origami, kuiz Kanji, kuiz Hiragana, kuiz adjektif dan lagu Jepun.
     Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memastikan objektif program ini tercapai sepenuhnya. 
     Minasan, issyoni gambarimasyou!












Monday 17 October 2011

Pelajar Syed Putra menyertai "Japan Cultural Festival & Charity 2011" di UUM

Seramai 38 orang pelajar dari Tingkatan 1 dan 2 SMSTSP telah terpilih untuk menyertai “Japan Cultural Festival & Charity 2011” yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Jepun Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah pada 7 April 2011.

Para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aspek budaya Jepun dalam bentuk pameran, permainan dan makanan. Semoga pendedahan sedemikian akan meluaskan pengetahuan tentang Jepun amnya dan pembelajaran Bahasa Jepun khasnya.
Jauh perjalanan, luas pengetahuan.



Sunday 16 October 2011

Gabungan 3 buah Sekolah Berasrama Penuh Zon Utara mempamerkan persembahan tarian Jepun yang hebat dalam 15 th Penang Bon Odori Festival

SMS Tuanku Syed Putra, SBPI Kubang Pasu dan SM Sultan Abdul Halim telah bergabung tenaga untuk mempersembahkan tarian Jepun "Soranbushi" dalam 15th Penang Bon Odori Festival pada 16 Julai 2011. Persembahan kali merupakan persembahan yang ke 6. Festival tersebut telah berlangsung di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Persembahan pasukan tarian dari 3 buah Sekolah Berasrama Penuh ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Tahniah!




Syed Putra: Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Jepun di luar bilik darjah






Proses pembelajaran dan pengajaran SMS Tuanku Syed Putra juga dilaksanakan di luar bilik darjah. Sesi ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menjalani proses pembelajaran dalam persekitaran alam semulajadi bagi memantapkan penguasaan bahasa Jepun dengan aktiviti-aktiviti kumpulan yang berbentuk komunikasi.

Syed Putra: Penguasaan Hiragana melalui permainan Karuta

Para pe




SMS Tuanku Syed Putra yang mengambil mata pelajaran Bahasa Jepun sebagai mata pelajaran elektif wajib telah didedahkan dengan satu permainan bahasa iaitu Karuta. Permainan ini diadakan bagi memantapkan penguasaan huruf-huruf Hiragana dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 yang memilih bahasa Jepun sebagai mata pelajaran elektif wajib.