Thursday 20 October 2011

PROGRAM GAMBAROU NIHONGO KALI KE 5 2011

Program tahunan Gambarou Nihongo SBP Zon Utara (Utara) telah bermula dengan jayanya pada hari ini 20 Oktober 2011. Seramai 155 orang pelajar tingkatan 3 dan 7 orang guru Bahasa Jepun dari SM Sultan Abdul Halim, SBP Integrasi Kubang Pasu, SM Sains Tuanku Syed Putra, SM Sains Pokok Sena, SM Sultan Mohamad Jiwa dan SM Sains Kubang Pasu telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program ini yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di SM Sultan Abdul Halim, Kedah.
     Seramai 3 orang pegawai; En Edward Lee, Cik Fujinaga Kaoru, Cik Nakao Yuki daripada Japan Foundation Kuala Lumpur dan seorang pegawai; Cik Nishizawa  Eriko daripada Konsul Besar Jepun di Pulau Pinang juga telah sudi untuk menghadirkan diri bagi menjayakan program ini. Antaranya ialah Kamishibai, Origami, kuiz Kanji, kuiz Hiragana, kuiz adjektif dan lagu Jepun.
     Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memastikan objektif program ini tercapai sepenuhnya. 
     Minasan, issyoni gambarimasyou!












No comments:

Post a Comment