Sunday 16 October 2011

Bengkel Makan ala Jepun "Obento" di SMS Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.





Pada 21 Julai 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 dari SMS Tuanku Syed Putra yang mengambil Bahasa Jepun sebagai mata pelajaran elektif wajib yang tidak berpeluang ke Restoran Kaede; sebuah restoran Jepun di Alor Setar telah diberi peluang untuk merasai makanan Jepun dalam bentuk ‘Bento: Teriyaki Setto’.
Para pelajar telah diajar cara pemakanan sihat orang Jepun yang mengutamakan makanan seimbang. Dalam setiap set ‘Bento’, terdapat salad, pembuka selera, nasi, sup ‘miso’ , ‘Teriyaki’ ayam panggang dan pencuci mulut – buah epal. Cara penggunaan ‘ohashi’ kayu penyepit juga diterapkan. Tidak lupa juga dari segi ucapan sebelum dan selepas makan; ‘itadakimasu’ dan ‘gochisousamadeshita’.
Selain itu, para pelajar juga diajak membuat perbandingan antara pemakanan orang Malaysia dengan orang Jepun. Satu bengkel yang seronok dan berjaya!

No comments:

Post a Comment