Sunday 16 October 2011

Program "Furoshiki" di SMS Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.





Projek ini telah memasuki tahun yang ke 3 pelaksanaannya. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan cara balutan orang Jepun yang unik dan kemas. Setiap tingkatan dibekalkan dengan kain yang berbagai warna untuk mewujudkan keunikan suasana pembelajaran bahasa Jepun di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Para pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Jepun sebagai mata pelajaran elektif wajib telah berjaya membentuk identiti yang tersendiri; "Kami pelajar Bahasa Jepun!" 
      Menerusi projek ini juga kadar kehilangan bahan-bahan pembelajaran seperti buku teks, kamus dan fail dapat dikurangkan. 

No comments:

Post a Comment