Sunday 16 October 2011

Jualan Makanan Jepun di Karnival S.O.R.U. Syed Putra

Pada 18 dan 19 Jun 2011, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, telah mengadakan Karnival S.O.R.U. Karnival SORU diadakan pada setiap tahun di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Pada tahun ini, Karnival S.O.R.U. berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang oleh Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.
Karnival tersebut telah diadakan di Dataran Asrama Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Pada tahun ini sebanyak 20 buah gerai telah dibuka. Oleh itu, Persatuan Bahasa Jepun juga tidak ketinggalan untuk menjual makanan-makanan yang unik pada karnival tersebut. Kami telah menjual dua jenis makanan tradisional Jepun iaitu 'Sushi' dan 'Karei-raisu' (nasi kari). Kami juga telah menjualnya dengan harga yang berpatutan agar tidak menyusahkan para pelajar.
Gerai tersebut telah dijaga dan diawasi oleh seramai 12 pelajar Tingkatan 2 yang mengambil Bahasa Jepun. Gerai tersebut dibuka pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 6 petang pada hari Sabtu dan Ahad,18 dan 19 Jun 2011. Gerai tersebut mendapat sambutan yang kanget daripada para pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Tujuan kami membuka gerai tersebut adalah untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra merasai makanan tradisional yang terdapat di Jepun. Ini juga memberi manfaat kepada kami semua kerana selain dapat merasai makanan yang terdapat di Jepun,kami juga berpeluang untuk mempelajarai cara-cara untuk membuat sushi dan nasi kari yang belum pernah kami ketahui. Konklusinya, selain dapat pengalaman,kami juga dapat menimba ilmu pengetahuan semasa jualan karnival ini
Tidak lupa juga kami kepada guru Bahasa Jepun, Ooi Guan Lee sensei yang telah banyak membantu kami menguruskan gerai tersebut. Beliau banyak membimbing kami semasa menjual di gerai tersebut. Pada akhirnya gerai Jepun dapat ditamatkan lebih awal daripada yang kami jangkakan. Kami berjaya menamatkan jualan kami sebelum jam sempat mencecah pukul 6 petang. Jualan kami telah laris dibeli oleh para pelajar.
Kami berasa amat bangga kerana berkat usaha kami semua dan Ooi Guan Lee sensei, kami telah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM150.00. Oleh itu, terima kasih kepada semua yang terlibat dan para pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra kerana telah mempercayai kami. Kami berasa amat bahagia dan bangga. Kami semua berharap agar dapat melaksanakan aktiviti seperti ini lagi pada masa akan datang. Semoga impian kami semua tercapai!



1 comment:

  1. sedap sensei masak... tapi,,kena bayaq duit,, pokai ah kami....
    lain kali,,bagi free jew taw...adoiyh

    ReplyDelete