Sunday 16 October 2011

Pelajar Syed Putra Makan Tengah Hari di Restoran Kaede






Pada 16 Julai 2011,seramai 35 orang pelajar dari Tingkatan 1, 2 dan 4 bersama dengan 5 orang guru pengiring telah berkunjung ke Restoran Kaede, Alor Setar, Kedah. Restoran Kaede merupakan sebuah restoran Jepun yang menyajikan pelbagai makanan Jepun. Hidangan yang ditempah adalah Lunch Set – Chicken Bom Bom, Set Sushi dan Ocya – teh Jepun.
Di samping merasa masakan Jepun dalam restoran Jepun, para pelajar juga didedahkan dengan cara memegang ‘ohashi’ – kayu penyepit, ucapan sebelum dan selepas makan.
Kumpulan SMSTSP telah menghabiskan lebih kurang dua jam sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri Festival Bon Odori.

3 comments:

  1. kami nak lagi chicken bombom...
    oishikatta desu....

    ReplyDelete
  2. sedap la chicken bom2 !! nak pergi lagi

    ReplyDelete
  3. sensei!!nanti bawa kami pergi lagi ye...yum-yum..

    ReplyDelete