Sunday 16 October 2011

Syed Putra: Kutipan Derma Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Jepun

Persatuan Bahasa Jepun Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra telah mengadakan satu kutipan derma mangsa gempa bumi dan tsunami Pulau Honshu, Jepun pada 19 April 2011 peringkat sekolah. Kutipan telah dijalankan selama satu jam bermula dari 8.00 hingga 9.00 pagi dari setiap kelas dan kawasan sekolah.
Persatuan Bahasa Jepun berjaya mengutip sebanyak RM362.00 dan disampaikan dalam bentuk cek atas nama MCRS International Relief Fund ( Japan Earthquake and Tsunami ) semasa Hari Kebudayaan Bahasa Jepun ke 8 bertempat di Sekolah Dato’ Abdul Razak, Negeri Sembilan.
Kami warga sekolah berharap semua mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun dapat menjalankan kehidupan mereka dengan cekal dan tabah.

No comments:

Post a Comment