Wednesday 12 October 2011

Program Gambarou Nihongo Zon Utara (Utara)

Program Tahunan Gambarou Nihongo Zon Utara (Utara)kali ke 5 akan berlangsung dari 20 hingga 21 Oktober 2011. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)Jitra, Kedah merupakan tuan rumah bagi program tahun ini. 6 buah Sekolah Berasrama Penuh Zon Utara (Utara) iaitu SBP Integrasi Kubang Pasu, SM Sultan Abdul Halim, SM Sains Kubang Pasu, SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, SM Sains Pokok Sena dan SM Sains Tuanku Syed Putra akan bersama menjayakan program ini. Kumpulan sasaran pelajar adalah dari kalangan pelajar Tingkatan 3 yang mengambil Bahasa Jepun sebagai mata pelajaran elektif wajib di sekolah masing-masing. Oleh itu, program ini juga merupakan salah satu aktiviti selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR). Antara tujuan program ini adalah untuk menarik kembali minat para pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran Bahasa Jepun. Selain sesi ulang kaji, para pelajar juga diberi peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dalam pelbagai permainan bahasa yang disajikan. Kami guru-guru Bahasa Jepun Sekolah Berasrama Penuh Zon Utara (Utara) amat berharap para pelajar dapat saling berinteraksi serta memaksimakan penglibatan mereka sepanjang program ini berlangsung. Minasan, issyoni gambarimasyou!


Rashidi

No comments:

Post a Comment